INFAK TANAH LOT MADRASAH NUR MUHAMMAD

KINI ANDA BERPELUANG UNTUK MEMPEROLEH PAHALA YANG BERPANJANGAN

 

BAYANGKAN RM 10 YANG ANDA  INFAQKAN AKAN MEMBANTU ANDA MENYIMPAN SAHAM DI AKHIRAT

 

BERKAT PEMBERIAN ANDA INI AKAN MEMBANTU ANAK-ANAK MADRASAH BELAJAR DAN BERAMAL DENGAN LEBIH BAIK LAGI.  BAYANGKAN ZIKIR DAN DOA MEREKA UNTUK ANDA PASTI AKAN MEMBUATKAN HIDUP ANDA LEBIH DIBERKATI

 

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

              Yayasan Madrasah Nur Muhammad adalah merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan pada tanggal 21 September 2016. Bermula dengan sebuah pusat pengajian Islam (sistem tradisional) di Kampung Banggol Judah, Machang, Kelantan, dan kini telah bertambah bilangan pelajar lelaki serta telah membuka 1 lagi madrasah perempuan bagi memenuhi keperluan untuk pelajar perempuan. Kini terdapat 88 orang pelajar lelaki yang sedang belajar di madrasah.

 

Para ustaz serta murid2 Madrasah Nur Muhammad
Bangunanan Madrasah yang sedia ada
suasana para pelajar tahfiz belajar di kelas (tempat sudah terhad, sebenarnya ruangan ini adalah ruangan surau)
ruangan yang baru siap untuk kelas pelajar alim hadis
Aktiviti riadah para pelajar memanah

 

        Pihak madrasah mempunyai tekad yang kuat untuk menghidupkan ajaran agama berdasarkan prinsip Dakwah, Taklim, Tazkiyyah dan Hikmah. serta berhasrat untuk menjadi pusat pengajian dan tarbiyah Islam bertaraf antarabangsa. 

Gambar di bawah adalah lakaran awal bangunan yang Insha Allah akan di bangunkan bersebelahan madrasah yang sedia ada.

lakaran awal bangunan Madrasah Nur Muhammad

 

PROJEK MEMBESARKAN ASRAMA PELAJAR

(April-Mei 2021)

Status masih dalam pembinaan 

proses menaikkan bata dinding
Tukang membuat kerja pad waktu malam kerana bulan puasa
Gambar terkini awal Mei 2021
Jangkaan gambaran bangunan setelah siap dibina

  Kini pihak madrasah dalam usaha untuk membeli tanah dikeliling madrasah yang sedia ada untuk didirikan pusat pengajian yang baru. Pembelian tanah lot di Kampung Banggol Judah,  Mukim Ulu Sat, Jajahan Machang, Kelantan. Jumlah keluasan 6 lot tersebut adalah 1035 meter persegi (1035m2).  Sila lihat lampiran di bawah

 

Projek Fasa#4

 

   Justeru kami meminta jasa baik tuan puan untuk sama-sama berganding bahu membantu agama Allah semata-mata kerana Allah. Semoga pemberian tuan puan ini diberkati dan diredhai Allah dan Rasul.

 

PIHAK MADRASAH AKAN MENGURUSKAN SEGALA WAQAF DAN INFAQ ANDA DENGAN PENUH AMANAH, JANGAN RAGU-RAGU LAGI, MARI KITA SAMA-SAMA MENUJU RAHMAT ALLAH YANG LUAS

 

TIDAK AKAN BERKURANG HARTA ORANG YANG BERSEDEKAH KECUALI AKAN BERTAMBAH, BERTAMBAH DAN BERTAMBAH..

 

Bagaimana nak SEDEKAH WAQAF ?

Tuan/puan boleh menyumbang sekarang dengan klik butang dibawah.

" Sahaja aku Bersedekah Waqaf dengan Jumlah Sumbangan yang tersebut kerana Allah Ta'ala "